Friday, March 8, 2013

Assalamualaikum

Assalamualaikum...

Akal memerlukan masa yang lama untuk berfikir tentang apa yang hendak ditaip. Tangan pula terkial-kial untuk menaip apa yang bakal ditulis. Hmm, rupanya jika sudah lama tidak menulis, memang agak sukar untuk memulakannya semula.

Dengan semangat baru, matlamat baru dan individu yang baru, segala cerita yang lama sudah dipadam. Buku baru telah pun sedia terbentang untuk terus dijejaki.

Mungkin sebelum ini, blog ini ditulis tanpa arah, tanpa pedoman, tanpa panduan tanpa manfaat kepada pembaca. Tetapi kali ini, penulisan adalah menjurus kepada pengalaman penulis, pemerhatian penulis berkaitan isu-isu semasa dan pemerhatian terhadap persekitaran.

Mana yang elok, ambillah iktibar dan mana yang buruk tegurlah. Sama-sama memberi peringatan. InsyaAllah..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...